Halaman

Selasa, 18 Oktober 2011

lama x menulis

Baru blh jenguk2 fb ngn blog..lama betul x menghadap..
terlalu sibuk + xde masa senggang lansung...
kalau ada pun dikhas utk si kecil aq nie..Qaseh Qaissarra..
melayan sekejap sedar2 sampai tertidur..sekarang Qaseh terlalu2 petah
berkata2...ada saja kelatahnya yang mncuit hati...

kalau ada masa aq akan tulis banyak citer..antaranya yang aq list kat bawah nie..
1)kursus BTN aq yang diadakan kat Langkawi..2-6hb oktober
2) Sekitar hari bufday aq (10 oktober)
3) Majlis makan Malam kat sekolah aq (7/10)

korang tunggu aje ler yea...
:D

Selasa, 20 September 2011

luahan rasa...

Bunyi cam ler beli phone mahal2...setakat samsung Omnia 2..org lain dah x pakai lama dah..
aq baru boleh rasa...ingat nak capai Galaxy S11..tapi tunggu harga dia turun sikit kut...Nak beli aper2 pun kene menabung dulu..dah cukup baru beli..bukan macam setengah orang tu,main mintak jer terus dapat..kalau ayat power,boleh dapat lebih lagi kan...saper ler aq nie yek...
at least aq beli atas usaha aq sendiri dan aq pun x minat nak mintak2 nie...(bunyi cam kecewa jer)..tapi sesiapa kalau duduk ditempat aq pun akan rasa macam tu jugak..nak buat camner kan..dah suratannya begitu..

Sendirik mau ingat...

Rabu, 14 September 2011

my net book

dah lama mood menulis terganggu akibat dek kerosakkan my net book nie..
nak suruh beli ipad ler tu...xper2..nanti next year mengizinkan...tunggu latest punyer ipad cmner..:D

keringnya tasik galilee dan turunnya nabi isa

Assalamualaikum semua para hadirin sekelian...
salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee,
sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya...
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini,
memberitahu saya dan anda semua,
bahawa...
bila keringnya tasik ini,
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa,
itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini,
sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar...
Carilah hadis sahih ini sampai dapat,
dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,
di ketika anda tahu itu,
anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat,
menjadi kerisauan saya sekarang ialah,
tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan 9 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpun ku...
anda semua harus beringat,
bila tasik ini kering,
maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi,
membantu imam mahdi,
memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi...

dan aku ingatkan lagi,
hadis ini amatlah sahih,
sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini,
dengan kata lain,
mereka tahu tapi mereka kekurangan berani,
kerana hakikat itu jelas,
tasik galilee sedang kering dengan lajunya,
dan mengikut kajian sains,
tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya,
dan ketika itulah Nabi Isa turun...



dan anda semua kena faham,
sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus),
sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun,
ASBAB itu mestilah terjadi,
ini bermakna wahai tuan2...

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,
samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba...

Ingatla saudara2 ku...
Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja,
dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama,
mereka ber-3 adalah manusia belaka,
2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,
sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.

Ketahuilah mereka ber-3 ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan2...
sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini),
percayalah,
dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,
semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar,
pasti 100% muncul di zaman anda,
samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul,
atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,
ketahuilah,
tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini,
dan 9 tahun sudah pun berlalu,
ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,
dan anda harus ingat...!!!


Sekali lagi saya anda ingatkan,
bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),
2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),
iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),
dan...
(teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012),
dan sekiranya teori ini benar2 berlaku,
maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil,
dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku.

KAJIAN SAINS:
Setelah saya membuat kajian...
sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,
gelombang2 pancaran akan keluar,
dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api,
dan ini bermakna,
semua apa sahaja jentera langit dan bumi,
asalkan yang mempunyai saluran elektrik,
akan dengan sendirinya tidak berfungsi,
satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi,
dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.
Ini pesanan saya lagi...
=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai=
sekiranya kajian saya di atas,
maka sahla,
apa sahaja teknologi moden hari ini,
persenjataan tercanggih,
akan menjadi tidak aktif dan collapse...
maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku,
adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,
manusia akan kembali kepada fitrah semula,
dan mana2 manusia yang tinggal di bandar,
adalah manusia yang paling rugi di kala itu,
kerana...
bandar yang duduki itu sedang tenggelam,
kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim,
seperti banyak yang ada di tanah Melayu...

Kepada semua angkatan Teknik_Keris,
saya pernah pesan gunakan duit untung trading untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di pedalaman
-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung
-membeli kuda 1 orang 2 ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH
-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang

Ketahuilah,
kita ada tak sampai 41 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya,
kita ada hanya purata 41 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini,
dan anda kena faham lagi sekali,
sebelum Nabi Isa itu turun,
sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita,
dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,
dan sudah semestinya lah akibat perang itu,
dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita,
menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar,
ya kawan2...
dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa,
dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,
sekali lagi saya ingatkan,
anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,
bila 1 tanda besar keluar,
maka lengkaplah semua tanda2 kecil,
bila 1 tanda besar keluar,
akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2...

Dan ingatlah wahai Muslimin,
doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,
dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,
dari susurgalur Nabi Muhammad lah,
akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"),
yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,
percayalah,
di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,
kerana mereka berdua dari keturunan yang sama,
sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,
carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran)
dan kerana itulah,
Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,
akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,
langsaikan hutang secepat mungkin,
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,
kumpulkan kain2 yang tahan lama,
ternak dan gembala kambing,
ajar anak anak menunggang kuda,
simpan cermin mata anda sebaik mungkin,
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,
latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah,
banyakkan berenang di waktu petang,
minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)

Kalau perlu,
sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.

================================================== ===============
bersambung...

Carilah Hadis SAHIH tentang tasik ini sampai dapat,
saya sudahpun sediakan pancingnya,
tinggal anda mendapatkan ikannya...
kemudian, ramai2lah bincang di sini,
sebelum elektrik takde di kemudian hari.
PESANAN:
cetak artikel ini dan hantar ke JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI,
sekiranya anda tak percaya tentang hadis ini,
buktikanlah saya salah,
saya sedia menerima teguran.

Salam Ramadhan Salam Sepadan
Umat Melayu Waris Beriman.

Dicopy dari blog :

Yang Iklas,
Megat Panji Alam,
Teknik Keris.

Wassalam.

Rabu, 17 Ogos 2011

Apabila mata x boleh tdo....Angry Bird punyer pasal...

Kegilaan terhadap permainan Angry Birds sampai ke kemuncaknya...
buktinyer aq x tido lagi time sebegini...
Agaknya kalau wat biskut raya,dah banyak benor aq siap...
teruk betul penangan game nie....
Dah sampai level last pun siap boleh restart new game plak...
tu belum dok gila mengadap game bubble lagi....dah macam bukan mak orang jer aq nie...

Bukan aq sahaja...mak aq yang kat luar bilik pun dok ralit main game lagi..
tak tido2 lagi dia...ntah ape kene...eiiii....x sentu pengale....(kate orang Perak..)

dah time macamnie kalau x tido lagi,jawapnyer payahler nak pejamkan mate..
semakin ralit ader ler..
patutler ada yang sanggup dok berjam2 mengadap komputer..
Dan aq sekarang nie tidak berkecuali menghadapi sindrom game mania...

(Takut nanti ader yang x bangun bersahur jawapnyer..)

Seb bek besok cuti...sonok blh tdo...Cuti Nuzul Al Quran...
Pada yang x leh cuti tu,berkhidmatlah dengan redha...(xmo sedih2..)
pade yang cuti tu pulak,mehler kita membuat biskut raya banyak2....
biar sampai penuh almari...Jeng jeng jeng........
(tu pun kalau rajinler yek...kalau idak jawapnyer meroloh aje ler)

Selasa, 16 Ogos 2011

Raya dah hampir.....

Aper persiapan hari raya korang???
aq dah beli baju raya utk anak2 2 pasang sorang..
kasut belum lagi,tudung pun belum..
xper masa banyak lagi...cuma ongkosnye lah yang kurang...:D
ader saper2 nak derma kat aq x???

kuih raya x buat pun..xp ader ler aq beli skit2...
tu pun ader yang dah bukak...Qaseh memang hantu biskut raya..)
Setiap masa nak ngap ngap...

plan nak balik Kl..masih dalam perbincangan lagi..
anak2 smua nak balik...ayah diaorang j x mau..
aq memanglah nak balik sebb tahun nie memang gliran aq...
cmner nak pujuk nie yea..???

Ahad, 14 Ogos 2011

Ye ye hAJAT TERCAPAI

Akhirnya dapat jugak aq bersahur kat Mc D...

sedap hingga menjilat siku...amboiii..xcited sangat!!
cam budak2 ribena jer...
anak2 bukan maen happy lagi....sebab ayah dia dah tunai janji...

tenkiu my dear hubby....



Sabtu, 13 Ogos 2011

LAWATAN KE PERAK

Lambat tul aq download cter nie..bukannya apa kena ada mood menulis datang baru ler
aq boleh menaip beribu2 lemon utk tatapan korang...(cehh...cam ader ker yang bminat nak baca...)

Aq telah dipilih sebagai pengiring budak2 sekolah aq lawatan ke Perak kali ini...
(14/06/2011 - 17/06/2011)

1st day aq bertolak dari sekolah dalam kul 9 lebeh2....dalam perjalanan pelajar semua nampak xcited...dah sampai kat Gerik,pelajar nmpak dalam keadaan keletihan...diaorang banyak yang tngh tido..



sampai kat Hotel semua dah happy sebab blh landing best2....dlam kul 8.30 malam
kitarang bertolak ke zoo Taiping plak..tgk safari night...kat sini x berapa best sangat,sebab tren yang kitarang naik bergerak laju..x smpat nak snap2 gambar binatang sebab gelap dan x nmpak..
Pelajar ramai yang merungut sebab x puas hati..Akhirnya kami dijanjikan tiket free utk hari esok
sebab budak2 ni mintak nak datang lagi..(rezeki pelajar2 istimewa..Alhamdullillah...

2nd Day
Memula sekali kitarang g SMK Pengkalan Aur...Sekolah nie memang bersih + cantik...semua tmpt cantik dan kemas...Pelajar2 Istimewa sekolah ini juga peramah sesangat...mereka menegur dan bersalam dengan sesiapa sahaja...cikgu2 dia pun best dan sporting...

Lepas makan2 kat sekolah tu, kitarang bergerak ke Zoo Taiping..kat sini kitarang
dapat menikmati alam flora dan fauna dengan jelas dan selesa...Lama jugak kitarang melawat kawasan ini..ada pelajar yang mengambil gambar dengan ular..ada yang berehat2 makan dan ada jugak yang berjalan kaki untuk melihat sekitar kawasan Zoo..sepanjang perjalanan menaiki tren..
kitarang ternampak kumpulan2 monyet liar yang dilepas macam tu jer...Keadaan tegang skit time nie..(patutler semalam semasa naik tren,tren bergerak laju...rupa2 nya takut bnda yang tidak
diigini berlaku kut..)

Lepas penat jalan2..kitarang terus ke Kilang Spritzer plak...Kat sini best jugak..pelajar
ada pengalaman masuk dalam kilang dan melihat sendiri cara memproses air suling dan bikarbonat
(kat cni,kitarang x leh nak snap photo sesuka hati,mgnt Spritzer x izinkan...cuma kat luar2 aje yang boleh..)


Dari Kilang Spritzer kitarang bergerak ke Hotel utk rehat2,mandi dan solat...Malamnya pula,kitarang bergerak ke Pelita Restoran...Makan time...lepas kenyang perut tengok
wayang cter KL Gangster...time nie memang syok abeh...

3rd day
Awal pagi dah bangun untuk ke Bukit Larut...Kat cnie memang adventure perjalanan dia..Selekoh yang tajam dicampur plak ngn jalan yang berbukit..kira cam lencong maut ler...takut betul aq..
sampai kat puncak ramai yang muntah2 + pening kepala....sampai kat puncak,masing2 x lepas peluang utk bergambar..kat cni view dia memang canteek...

(cewaaahhh ... Bukan maeen lagiiii..)
naik bukit bukan main mencabar,turun pun cam tu jugak...kitarang masing berdoa2 agar selamat sampai...

lepas sampai kat kaki bukit, Bukit Larut,kitarang bergerak ke Bukit Merah plak...he3..main air time..bnyk syoookkkk wooo...



kat sni kitarang main air puas2....sampai petang....memang best gler...

4th Day
Cepat masa berlalu dah nak balik...UWAAAA....x suke x suke :P

Berlepas awal pagi & singgah di Cameron Highlands..apelagi shopping time..
kat cni, aq beli sayur2,strawberi,jambu epal,bunga ros....
sampai penuh tangan nak membimbit...


Dah penat jalan2...semua ketiduran didalam bas..Akhirnya sampai lah ke Kelantan...destinasi terakhir dalam kul 10.00 malam..

Secara keseluruhan inilah trip yang paling seronok dan memberi banyak pengalaman untuk aq dalam
mengawasi pelajar2 istimewa disekolah aq...
Alhamdullillah walaupun timbul beberapa masaalah,cikgu2 pend. khas di SMK Tanjong Mas memang terbaeek lah..
Komitmen diaorang memang dasyat giler apabila melibatkan pelajar2 istimewa ini..



Jumaat, 12 Ogos 2011

wajah baru...

Akhirnya setelah dibelek2,ditekan2,diasah2,diperah2..
Iniler ruper terbaru blog aq...he3..kiut tak...??
kiut cam tuan punyer blog nie kan???
aper2 komen siler ler keudarakan...blhler aq update dan dipotik skit
supaya jadi semakin kiut...cam tuan dia jugak...kui kui kui..
(perasan x abeh2...)

Khamis, 11 Ogos 2011

Frust tertonggeng


teruk tau....Asyik kena tipu jer, frust....hari nie kata nak g sahur kat mcd..xp hampeh..bukan main lagi budak2 bersiap seawal jam 4..Qaseh siap bangun mintak nugget pepagi buta....last2 cik hubby kata "kalau bersungguh cam nie nak g tmpt dengar tazkirah,xper jugak...nie nak g mcd...anak2 kan nak sekolah esok...."
rasa frust tertonggeng tul..
Dia promise hari jumaat nie sebab budak2 cuti...xp hati dah xde rasa nak g pun...sebab dah frust sangat....

Jahat tau.....:(

Rabu, 10 Ogos 2011

diary hidup

Hari ini aq baru je Loading twitter utk aq..mungkin tak berapa pandai lagi,jadi aq banyak dok follow artis2 yang aq kenal...nak suruh orang follow aq pun,aq nie bukannyer saper2 pun...x glamer lansung..
tapi aq memang suka berkawan..aq harap aq dapat ramai kawan yang boleh aq kenal n sharing their story..(mcm kepoh ler plak..)xp takdeler sampai cam tu sekali kan..
Cuma kebelakangan nie aq semakin sibuk..kerja disekolah melambak2..kadang nak tidur kejap2 pun xleh dah...kat rumah pulak Qaseh makin besar dan semakin nakal sikit..Banyak benda yang dia nak buat walau kadang kala mencuit hati,xp x tetap mengundang kemarahan jugak dengan kenakalan dia

Yang paling aq x tahan sekali biler dia dah pandai nak protes apabila aq marah kat dia..siap jeling2..yang paling teruk sekali dah pandai nak meludah2...aduh pening kepala sungguh...
tu belum campur lagi dengan masaalah kakak dan abang dia yang x boleh nak berjumpa mesti bergaduh...si abang ngn kakak masing2 xnak mengalah....
kadang kala dah terlampau stress aq biarkan ajer...biar ayah dia handle...

Ni dah masuk bulan puasa..1/2 day tersangat ler lapor dan dahaga..cuaca kat kelantan nie terlampau ler panas giler...lain macam betul aq rasa,sampai nak balik drive kete pen dah tak larat dah..seb baik utk hari yang pertama ajer,hari kedua dan seterusnya aq rasa ok skit..masuk hari ke 4 aq dah x leh puasa...(nikmat menjadi orang pompuan)...xp nanti kena ganti awal2,xnak jadi cam tahun lepas,aq ganti pose dah x kira hari sunat ke apa ke..sebab dah last minit,dah dekat sangat ngn bulan ramadhan nie...

Baju raya aq dah beli sepasang dari Butik Cotton (order dari fb)..x sempat lagi nak kuar2 g Saleem aziz cari yang berkenan dihati...mungkin aq beli baju siap kot,lagi senang nak matching ngn anak2...Sham dah beli jubah untuk dia dan Aiman nak pakai raya nanti...(x dapat ku bayangkan suamiku bertukar wajah bulan Syawal nie..)

Yang menjadi problem skrg..cmner raya aq nanti..kalau ikutkan giliran memang aq punya tahun nie...tapi Sham x bagi aq raya kampung aq sebab dia nak ajak aq raya disamping dia tahun nie..lagipun Aiman nak peksa UPSR 12/9 nie...tu yang jadi problem sangat tu...
Mak pulak duduk ngn aq sekarang nie,so aq pun xkkan nak biarkan dia balik sorang2 n9..kesian pulak dia...ntah cmner yea aq nak atasi semua nie...yang paling penting,aq nak pergi kubur ayah di awal syawal nanti...tahun lepas,aq x raya pun KL...sedihnyer...sob sob sob.....


Sabtu, 30 Julai 2011

luahan hati

Lama benor x update blog teman nie...
nak kata buzy,x jugak..nak kata free..memanng banyak masa free..
cuma mood plak xder...
dalam 3-4 hari kebelakangan nie bermacam2 dugaan yang aq hadapi..
xp aq anggap semua tu macam air lalu...xkan penghidupan sentiasa tenang j kan...
nanti x happening plak..apa yang aq lalui ku jadikan ia sebagai cabaran dalam kehidupan...

Akhirnya dengan kesabaran aq beroleh kebahagian..Alhamdulillah..

Sabtu, 4 Jun 2011

Sambungan Lawatan ke Sabah..

Lama tul x mengupdate blog..(xde mood untuk beberapa hari nie..)
Nak menyambung cter Lawatan ke Sabah itu hari..

2nd day at Sabah..
kitarang dah plan nak g serata tmpt...mula2 sekali shopping kat Pulau Labuan..kat sini..xder tmpt yang menarik sngt..view pun x canteek..pergi balik naik bot RM15..kecutt sikit time naik bot nie....yang best kat Pulau Labuan nie,coklat2 dia murah..(cam langkawi punyer rate rega dia)

time nie memang beg aq beranak...byk coklat aq beli...yang paling penting ferraro rocher aq beli sampai 3 dozen..x ingat dunia apakah...x ingat nak bawak kuar untuk display..korang tgk jelah beg dia yea...he3..
sampai tuaran dah hampir lewat petang..tapi kitarang teruskan agenda ke pulau filipine utk membeli mutiara lain plak..aq x beli apa2 pun kat cini cuma ada satu yang aq grab..ayat kursi yang ditulis atas bulu kambing...yang lain tu xder aper yang menarik..

3rd day kat Sabah
Kitarang ke bertolak ke Ranau..aq drive lebih kurang dekat 3jam gak nak sampai kat Gunung Kinabalu.sblm tu singgah kat Kundasang beli kain pasmina kitarang


..lepas snap gambar bagai..kitarang pun terus ke kaki gunung kinabalu..kat cni pun snap gambar jugak...
dah letih bergambar tu kitarang ke tmpt terapi kaki pulak..kat cni kitarang mengsedekahkan kuman2 dikaki untuk dimakan ikan2 besar..kat cni memang suara aq jelah yang kedengaran menempik..nak buat cmner aq nie penggeli..biler time ikan dekat2 ngn aq,bertempik lari ler aq..tabik spring untuk sha ngn sue yang bek hati bagi ikan makan kaki diorang..siap steady lagi smbil snap photo..
timakasih ler jgk kat Sha yang pimpim tngn aq utk bagi aq berani skit dok dalam air tu..korang cubaler bygkan ikan yang geget kaki tu bukannya kecik2 tapi besor2 ada cam ikan keli pun ader..takut wooo!!

lepas tu kitarang ke taman Azura..(taman nie dapat gelaran sempena tmpt nie dulu scene citer Azura dibuat kat cni..time Zek ngn Azura nyanyi lagu Sandarkan pada kenangan tue..)aq snap gambar jigak kat cni..

lepas tu balik on the way balik tu smpat lagi snap gambar kat kaki bukit Gunung Kinabalu..time nie memang kabus giler..drive pun slowly sebab jarak penglihatan teramatler terhad..jalan pun teruk berlubang2 dan sempit ditambah pulak ngan jalan belok2(nama pun kaki bukit kan)
balik rumah kat Tuaran terus jer tido..letih giler..

4th day at Sabah
hah!! hari nie paling best kitarang ke Pulau Manukan..snorkeling time..sewa alatan dekat rm30..g balik naik bot dalam rm 10 seorang..kat sana tambah lagi rm3 seorang untuk masuk kat tmpt snorkeling tue..aq bawak Ain so kena double ler bayar..time nie dah susut skit duit aq sebab dah hari ke empat..yang aq plak dah shopping sakan sejak dari hari mula2 aq sampai lagi..
untuk jimat kena beli makanan dari KK lagi untuk makan2 kat Pulau tu..kat Pulau Manukan harga makan dibayar lebih 3 kali ganda..bayangkan 1 botol air mineral kecik dijual pada harga RM7..belum yang lain2 lagi...
sampai sana terus pakai alatan snorkeling dan time untuk menyelam...

lepas menyelam kitarang balik ke KK..kat cni aq,Sha ngn Sue berpecah untuk ke One Borneo..menghayati dunia Sabah sebelum berangkat pulang esok..(raser cam xnak balik jer..)
kitarang ke One Borneo dan sekali lagi ke Cinema untuk tgk Kongsi plak..time nie memng letih giler tapi redah jer ke Cinema untuk rehat2 tubuh..lepas tu g makan kat Mcd dan terus balik ke Tuaran....balik terus packing2 baju dan barang2 tidor pun dalam kul 3 pagi...

5th day at Sabah
hari nie bangun kul 5.30 pagi sembahyang Subuh dan packing untuk saat akhir..flight kul 9 tapi kul 7 dah bertolak sebab takut jalan jem..
sampai kat airport KK terus kitarang check in dan lepak2 jap kat c2 n fly to KLIA..

Sampai KLIA dalam kul 11.45. Lepak kat KLIA nie lama skit siap g makan2, sembahyang,landing2... pastu baru g LCCT dalam kul 4 lebih sebab flight kitarang kat KB dalam kul 6.15ptg..kat cni lepak kat Mc D jap pastu fly ke Kelantan...

Time nie baruler terasa tubuh letih+ngantuk..nak senyum pun dah x larat....

Overall..niler cuti yang paling aq idam2kan..dan akhirnya tercapai jugak aq ke Sabah..lepas nie Plan ke Sarawak ler plak..(next year program)..untuk capai hasrat hati aq kena rajinler menabung..he3..baru puas hati kan...!!

Ahad, 22 Mei 2011

First Day At Sabah....

19/05/2011...
Balik Sekolah aq terus ke airport KB untuk ke airport LCCT...Wow This day I wl go to Kota Kinabalu,Sabah...he3..jngn jeles :P
Actually dah hampir setahun kitarang(aq,Sha,Sue,Baya & Kak Zai) plan untuk ke Sabah..kebetulan kakak Baya guru di Sabah...(save duit Hotel...:) .
Stress sikit sebab terkejar2 masa...sebab lepas sampai LCCT terus kitarang berlari2 kucing nak ke KLIA Pulak..sampai dalam kul 9.45..kitarang dijemput kakak Baya ke 'Istana'nya...Perut pun dah kenyang so tido time ler...Walaupun kitarang sampai kul 9.45..Sabah cepat 1 jam masa berjalan..so 9.45 = 10.45 pm...
Time running so fast...kitarang kena bangun sembahyang subuh seawal jam 5 pagi..(x suker,x suker..)
tapi lepas sembahyang Subuh..kitarang ke depan rumah kak su(kakak baya) untuk melihat panorama indah..(boleh tengok Gunung Kinabalu dari depan rumah dia..dan pandangan indah hanya dapat dinikmati sblm matahari timbul...( sblm kul 6)
* sorry luper nak snap gambar..terpegun sesangat!!!

Lepas tgk gunung..kitarang dok dalam bilik..ada yang termenung,bergayut ngn kekasih..(cehhh),aq pulak terus kroh kroh...krohhhhh...(penat le katakan..)

lepas smbhg Jumaat kitarang melawat bandar KK

dalam perjalanan..(aq yang bawak keta)

(Pose kat Yayasan Sabah)

(Pose perasan diri sengsorang)

Lepas penat jenjalan kitarang ke KK PLaza..shopping 'Mutiara' sakan..
Sha habis sampai 4 ribu..ops..terover ler plak, 300 jer (untuk 1st day)..
Kak Zai habis 800 ratus...alasan beli banyak sebab nak hadiri bnyk function :) huahaha


Sue habis sampai 500 ratus...(set2 loaded diorang nie..)
aq x beli ape2 pun...takut nanti ramai ler pulak yang minta bila balik nanti..cehhh kedekut taik hidung masin!!!!! (sori yea kengkawan..)

lepas kuar dari KK Plaza..kitarang g One Borneo..(mula2 nak beli air contact lens jer..melarat sampai tgk wayang.."Nur Kasih"..nasib bek x banjir one plaza..kuat betui kengkawan aq membazirkan airmata...jiwa halus ler katakan...




Lepas tu time utk tido lepas penat jenjalan bila sampai umah...xp melarat sampai kul 3.30pagi display barang2 beli..compare ngn member2...dan masa nie baru teringat ada lagi yang x ingat nak beli utk kengkawan...Sha ngn Sue habis 1 kajang A4 (Sue list nama member2 dia...Sha plak nak balik jual supaya balik modal katanya...)

apalah kengkawan2 aq nie....

lepas tu kitarang tido sebab esok nak g Pulau Labuan....nak beli coklat pulak....
he3...bahagia tul rasanya...!!!!!!! Happy sesangat dengan penghujung harinie...sebab dapat jalan2 perabis duit Saudagar Rempah Kari...he3...Jngn mare yea my hubby....

Ahad, 15 Mei 2011

kenapa bila benda tu bukan jadi milik kita tapi kita tetap tidak melepaskannya..dan kita masih lagi terkejar2 mencari dan masih terus mengharap??

Sabtu, 7 Mei 2011

ibu..ibu...engkaulah ratu hatiku...

Kepulangan ibu ke Kuala Lumpur menggamit sayu di hati..Aku iringi pemergiannya dengan doa agar dia selamat sampai dan mengharapkan adik aku dapat menjaganya dengan baik sekali...Aku tak pernah merasa kasih sayangnya yang sebenar sebelum ini..Aku dibesarkan oleh ayah aku..tanpa kehadiran insan yang bergelar ibu..
Tetapi setelah beberapa ketika aku mengenali ibu,ternyata dia terlalu baik orangnya..dia begitu menyayangi aku dan anak2 aku..ternyata mereka terlalu rapat dengan neneknya yang dipanggil 'umi' itu,...seawal 5 pagi,dia sudah bangun..sediakan sarapan dan membantu menyiapkan anak2 aku kesekolah..dirumah dia yang mencuci pakaian,memasak,menjaga si kecil...hingga kadang2 terlalu sedikit masa utk dia berehat...(kasihan ibu)..
hari ni hari Ibu...aku hadiahkan seutas jam tangan ...hadiah aq itu tidak sepadan dengan pengorbanannya..tetapi sekurang2nya dia dapat rasakan bahawa aq juga sayang padanya...Kadang2 memang aku lokek menunjukkan perasaan aku padanya...hubungan kami yang kurang mesra akhirnya menjadi rapat sejak2 akhir ini...Hingga satu saat aku rasakan pemergian dia ke KL merupakan satu kehilangan ...pulang saja aq kerumah...terasa rumah aq kurang ceria dan menjadi terlalu sunyi....
Ibu,pulanglah cepat2 yea.....jangan pergi terlalu lama...aq sudah mulai rindu..

Isnin, 11 April 2011

Gambaran Hari Kiamat

✐Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sbuk...sbuk....

Banyak hari tak update blog...bukan buzy k aper....xper memang dah takde masa untuk itu pun...
balik sekolah trus tidor.....petang sikit tgk tv cter kejora bintang...malam pulak kena antor anak aku tusyen....kul 10malam baru balik...dah balik umah tu...apelagi dok meroloh jer lah aq...penat skit sebab terkejar2 masa...maklumler anak nak peksa..
keletihan yang amat sangat....tu belum lagi bab jaga hubby,anak2 yang 2 lagi tu dan untuk diri aku sendiri....tapi kesibukkan juga membuat aq tak memikir sangat masalah2 yang memang sarat dalam fikiran aq..kadang2 elok jugak bila dah buzy...kurang2 nya xder ler masa aq yang dibuang begitu sahaja....

minggu depan mak nak pegi rumah adik aq pulak...kat penang tu...alahai....x best betul...start sbuk lagi ler aq minggu depan..sabor je lah....

Jumaat, 18 Mac 2011

Bercuti di pulau pinang...

Cuti sekolah penggal nie,aq beralih angin ke Pulau Pinang...
rumah adik kesayangan aq,edi...
mula2 nak plan tu bukan main punya baik aq gosok hubby utk bawak aq g...
alhamdullillah berkat ayat aq yang power berangkatlah kami 5 beranak kesana...(he3)

first day sampai...penat gler...sampai2 rehatj terus.."pengsan" dalam 1-2 jam..terus bangun2, lapor le pulak....apelagi makan time....
adik aq bawak g makan medan ikan bakar kat 'Idaman Restoran'...sedap jugak(gambar xleh nak upload,sebab luper bawak kamera..)...tapi pencicah ikan bakar dier ada kureng skit....
lepas tu balik rumah bertapa kejap dan terus masuk dalam bilik...
(sambung balik tdo..)

2nd day, pergi makan2 kat 'Restoran Pelita'..makan nasi kandar...
kat sini ok sikit...harga pun x mahal sangat...makan dalam 5 orang cuma 39 hingget...berpatutan dan berbaloi...semua makan lauk ayam..ada ayam tandoori,ayam madu, dan goreng ....sikecik kena makan roti canai jer sebab dia x makan pedas...
keadaan sekitar pun bersih gler...(perkara utama yang aq pastikan setiap kali pergi restoren....)

Besok adalah hari ketiga kami disini...harap2 tak lupa kamera...(bolehler aq upload sikit gambor2..)kitarang plan nak g tgk Merong,Aquarium ngn Batu Feringgi pulak...
(Harap2 misi kami berjaya)...

Isnin, 14 Mac 2011

kesayangan ibu


pejam celik udah besor pun tiga2 anak aku
Yang sulong(Aiman akan ambik UPSR tahun nie)
Yang Tengah pulak(Ain) sudah pandai bergaya dan kadang2 celotehnya melebihi dari
tahap cipan..maner nak tumpah kuah kalau idak ke nasi ye tak....(he3)


Si Qaseh nie pulak...alahai keletahnya amat menghiburkan hati..Gelak tawanya
sentiasa menceriakan kehidupan kami sekeluarga...
Dalam ramai2 anak aq,detik melahirkan Aiman adalah yang paling sukar..bertarung nyawa selama 9 jam didalam labor room,amat menakutkan aq...mulut tak berhenti2 mengucap dan beristighfar...hubby kesayangan pulak berada jauh dari sisi saat aq melahir cahaya mata kami yang sulung ini...walaupun diberi epidural,aq tetap berasa sakit sehingga hampir pengsan..tumpah darah lah katakan..

Yang paling senang, detik melahirkan Ain..sakit pun tak sampai 3 jam...masuk labor room kul 3 pagi,pukul 6 dah bersalin...(mungkin ini kelebihan aq mengaji AlQuran sampai habis 30 juzuk )..Alhamdullillah...

Detik melahirkan Qaseh pulak,aq mengalami tumpah darah yang teruk..Uri pun hampir hancur (mungkin sebab aq kuat bekerja & penat giler time nie)Qaseh terbelit tali pusat 3 lilitan..2 pain darah masuk dalam tubuh aq..
walaupun aq mengalami komplikasi yang teruk time ni,tapi aq bersyukur kerana time nie hubby berada dekat denganku...Sehinggakan dia bersama2 menangis melihat kesakitan yang ku alami..

Kini, mereka sudah membesar bagai johan didepan mataku..mereka adalah permata hidupku...tiap2 hari ada saje keletah mereka yang mencuit hati ku...tak boleh nak digambarkan bagaimana sayangnya aq pada mereka...

Wahai anak2 kesayangan ibu,jadilah anak yang boleh membanggakan ibu, selaut kasih untukmu sayang semoga menjadi anak yang berguna dan beriman soleh...Amin

Ahad, 13 Mac 2011

Ayah dan Ibu

Sejak kehadiran ibu dirumah aq,keadaan rumah kembali ceria..anak2 semakin gembira dengan kehadiran ibu dalam rumah kami..Yang paling bahgia,adalh aq..kerana..balik jer dari rumah ibu sudah sediakan keperluan aq..makan minum pakai semua diurus oleh ibu..bukan aq nak menyusahkannya dengan melakukan kerja2 rumah yang seharusnya aq buat...tapi ibu sememangnya tak boleh nak duduk diam..ada saje kerja yang nak dilakukan olehnya..pagi,tengahari dan petang semuanya menu berlainan...aq sayang pada ibuku..
Kadang2 teringat kembali zaman kecil dulu..aq membesar tanpa kasih dan sayang dari seorang insan yang bergelar ibu..semuanya disediakan oleh arwah ayah..sehingga aq pernah merasakan tak perlu ada ibu pun takper sebab ayah sentiasa ada ketika aq sakit,sihat,suka dan duka..bersama ayah aq berkongsi rahsia..kadang2 pernah ayah tidak tidur malam kerana menjaga aq yang sedang sakit..mengenangkan ayah membuat aq menjadi rindu padanya...
Mungkin ada hikmah disebalik kehilangan arwah ayah tersayang..Ibu menjadi pegantinya..walaupun tiada ayah tetapi ibu ada disisi..kenangan bersama ayah tak pernah luput dan padam dalam memori..sesungguhnya ayah adalah insan pertama yang aq sayangi..Ayah terlalu sempurna dimataku..Cuma aq menginsafi kekhilafan diri kerana mengabaikannya satu waktu dulu..Maafkan aq wahai ayah...

Jumaat, 25 Februari 2011

Episod Kehidupan: We Had A Lot of Fun

Episod Kehidupan: We Had A Lot of Fun

bengang giler

2-3 hari nie aq memang panas hati ngn seseorang....
seseorg yang telah merampas kebahgian aq..
seseorang yang tak sedar diri....
selama nie si mangkuk ayun nie xder melampau perangai dia...
xp sekarang makin ekk......Ingat ko tu saper ngn aq...

patutnya aq yang berperangai macam dia...
Ni dah jadi terbalik pulak....

cter nie patut aq download awal2...tapi....layanjer ler...

Baru balik dari Kl 2 hari lepas...rasa cam x best balik kali nie..x sempat nak g jalan2 jejak sedara usahkan nak merayap di JAKEL...Hampeh sungguh...

1st day sampai ke Kajang hari Jumaat dah petang sangat pun..sampai2 jer dah kena kerahan tenaga untuk majlis perkhawinan sepupu hubby...tido pun dah dekat pukul 3 pagi...mate dah x boleh nak buka langsung time tu...tapi demi jasa dan bakti,ku teruskan pengorbanan mempacking gula2 dalam kotak....

2nd day awal2 pagi pun dah kena bangun seawal-awalnyer...pegi pulak kat Dewan GMI kat UKM Bangi...menghantar kotak2 gula...lepas tu balik Apartment...gosok baju...n siap2 nak k majlis perkahwinan pulak.....

3rd day...baru boleh balik rumah makyang aq kat TDH tu....x sempat nak jalan jejak kasih rumah kawan2 pun....

4th day...dah kena balik kampung pelak...sob3.....boring.....

Isnin, 7 Februari 2011

memori yang x pernah padam

Bnyk hari x update blog...rindu nak menulis....
apa yang aq nak coretkan kali ini pulak yea..
Minggu lepas salah seorang member aq mencadangkan aq menulis tentang cter aq
jatuh kolam...aq x teringat sangat cter yang hampir meragut nyawa aq tu..
nanti aq minta tolong dia garapkan cter tu..(bubuh garam n ajinomoto...)
aq tak berapa ingat jalan cter sebab byk tertelan air paya kut...(hahaha)..
Tengok anak2 aq balik sekolah..kadang2 terasa teringin balik alam sekolah..
terasa seperti semalam aq bermain nyorok2 , polis sentri, panjat pokok,mandi kat tali air..
Pendek kata memang aq bueh tahap gaban maser aq budak2 dulu....
kalau ngayuh basikal kejap jer dah sampai kat Bakong ngn Kmpung Pasir Kubu tu....
memang arwah ayah aq x menang tangan jaga aq dari kecik..bueh bebenor...sampe berbulu lah jgk mate
dier tengok perangai aq tu...xp dah namer lagi degil...so aq wat bodoh je lah...
(pnjg aq melalut nyer.....apalah yg ko merepek ni Labu......huahahaha......)

Sebenarnya aq nak story tentang keadaan aq mula2 sekolah rendah dulu.....
Selalunya aq memang pegi sekolah diantor ngn ayah aq..balik pun dier yang jemput....
tapi ada satu hari tu..aq tunggu....tunggu dan tunggu dia tak sampai2 lagi.....bukan main gelisah lah aq...
Aq pun sebab dah ingat jugak jalan balik sekolah....slow2 aq start menapak.... sampai kat masjid kmpung aq tu, aq ternampak 1 motor warna biru (yang lalu sebelah aq,siap hon2 kat aq...)
Aq pun toleh....tgk moto tu macam moto ayah aq tapi dibelakang motor tu
ader sorang budak pompuan gendong beg membonceng motor tu....aq terus kejar motor tu sambil menempik memanggil ayah aq....
"Ayah, nie Noli..ayah salah ambik budak lain...Ayah, ni Noli anak ayah...UWAAAA"....
Aq terus mengejar motor biru tu.....sampai aq letih...yang pelik motor tu x berhenti pun....isshk..isshk...teresak2 aq menangis sampai keletihan mengejar motor tu...Budak yang membonceng motor tu menjelir lidahnya kat aq....
Semakin aq geram + sedih + hiba...bercampur gaul......

Di separuh jalan aq terjumpa makcik Ceah yang tengah membuat gula merah didepan rumahnya ...Dia menegur aq :
"Noli, nak kemane kamu??balik lambat?? ayah kamu mane??"
"Ayah ambik orang lain,...x ambik Noli...UWAAA..."
"xper,nanti ayah kamu balik,aq lepuk die" Makcik Ceah tu memujuk aq...
aq pun meneruskan perjalanan aq ke rumah dengan perasaan hiba + sedih....

TIBA2....

Aq pun sampai ler kat ghumah....dan yang paling mengejutkan aq.......

AYAH AQ SEDANG MEMBASUH MOTORNYA DIDEPAN RUMAH AQ.....

Aq pun cepat2 peluk ayah aq...tanya dia apasal x ambik aq xd ayah ambik saper kat sekolah....??

Ayah aq kater : laaaarrr....dah balik rupenyer anak ayah......ayah luper nak ngambik kamu,ralit basuh motor,dah pandai balik jalan kaki,esok ayah x yah ambik dah..

Alamak...saper lah yang aq terkejar2 xd pulak???? (Entahlah LABUUUUUUUUUUU....)

..

Isnin, 31 Januari 2011

lagu dr megat





https://sites.google.com/site/liana33133/nooly/6ixthsense-takbisamemilihmu.mp3?attredirects=0&d=1

Ahad, 16 Januari 2011

perpisahan tanpa rela

(Perghhh...tajuk...macam ditinggalkan kekasih...sebenarnya ada cter lain yang nak aq criterkan.....)
Hari nie bermacam peristiwa berlaku kat sekolah aq....
2 orang cikgu sekolah ditukar serta merta kerana "terlebih guru"..
aq tak tahu nak ulas mcmmana...peristiwa nie memang menyedihkan aq...
2 orang guru nie memang baik ngn aq..diaorang okjer pada aq...rajin++ berbanding yang lain2 tu..
x pernah ponteng kelas,sentiasa mesra ngn pelajar,masuk kelas pun mengajar xde pun nak 'mengular'...
honestly aq konpius + blur sebab diaorang ditukarkan...
nak kater sebab lebih guru...ofcoz guru yang ditukar keutamaan pada guru yang berjauhan ..
nie apasal diaorang yang duduk sekangkang kera ngn sekolah dipindahkan jauh...

tapi dah tu MEMO yang kluar,maka sekolah aq telah kekurangan 2 orang guru yang paling
berpotensi berbanding dari yang the others...(kesian kat sekolah aq kan ??......)




sebab dah kureng cikgu yang berpotensi dan bagus..
kenapalah jadi macamtu...
apa yang aq boleh katakan terhadap situasi ini...
jangan menunjuk pandai dan tak boleh juga berlagak bodoh...baik buat mcm biasa...
g sekolah balik sekolah...duduk kat rumah ...buat cam tu hari2....
xder orang nak kacau dan xder orang nak karass......
orang lain x sakit hati dan kita pun lmbt kena heart attack ...

Mereka yang dalam ingatan.....Harap tidak kecundang dalam meningkat prestasi
agar menjadi lebih cemerlang...
Jadikan kehilangan ini merupakan satu kebangkitan bukannya sebagai alasan kekalahan....
mungkin ada rahmat dibalik perpisahan ini.......
Semoga anda ber2 tidak mudah mengalah dan jatuh....Mungkin ini sebagai permulaan untuk
menempa kejayaan.....Insyaallah...

Jumaat, 14 Januari 2011

ntah ape2 ntah

nak upload gambar dalam blog bukan maen susah tul...
dah lah lambat......nyet nyet....cam kura2 sejuk bila berjalan....

Apabila sudah kelam kabut...

Hari rabu lepas..time pagi aq g drive ke sekolah..aq dengar radio ERA..(lamer dah aq x buka chanel nie...selalunya aq dengar Suria atau Hot FM...)ntah tetiba tertekan..dan aq dengar isu yg dikeudarakan tentang  "apabila kita kelam kabut apa yang terjadi..."
Aq teringin nak kongsi kisah aq dalam radio tu..xp apakan daya kredit pulak kureng...pagi2 maner ader kedai jual top up....so dari xleh nak kongsi dalam radio baik aq updatekan iyer didalam blog aq....

aq pernah mengalami situasi sebegini....

suatu pagi yang gelap (jeng jeng jeng).....

Aq terbangun lewat nak kesekolah..(selalunya aq bangun kul 5.30 pagi lagi..hari tu aq terbangun kul 6.30 pagi..)...kelam-kabut suruh anak bangun ...terpaksalah aiman ngn ain berkongsi bilik air sebab nak cepat2 mandi(perkara yang amat dilarang oleh hubby aq,xp seb baik dia xder time tu..g KL..)...aq pulak masuk dalam bilik aq dan mandi 2-3 cebok...solat cepat2,pakai baju cepat2...
seb baik jugak baju dah siap di"iron"....cuma tinggal pakai jer...

dalam kelam kabut tu....aq tengok aiman ngn ain dah siap...(raser2 time tu dah pukul 7 dah, selalunya aq drive ke sekolah kul 6.45..sekolah jauh..lebih kurang dari PJ nak ke Shah Alam..jem lak tu......)
aq pun suruh ler anak aq g hantarkan barang2 si bongsu aq ke rumah jiran aq (pengasuh anak aq)..
dia orang g antar dan tolong bukakan pintu...
aq terus masuk dalam keta start enjin...tutup pintu rumah dan drive depan rumah jiran aq utk ambik
ain ngn aiman....diaorang masuk jer dalam keta...aq terus pecut nak kesekolah...x hirau apa2 dah.....
sampai tengah jalan(berhenti sebab ada traffic light)..
ain tanya aq...."Ibu, ain naik tanya satu kat ibu"
Aq tanya dia dia nak tanya aper...
Ain jawap :


Ibu, Kenapa Ibu tak antar Qaseh rumah mak??

laarrr...rupa2nya aq tertinggal qaseh dalam bilik aq.....aq pun cepat2 buat u-turn...balik rumah semula....
buka2 pintu bilik..tengok Qaseh masih lena diulit mimpi.............

Mulut aq bukan main lagi pot pet bising marahkan anak2 aq,apasal diaorg tak bgtau aq awal2 lagi...
Ain ngn Aiman pun samer2 x ingat jugak....sampai kat traffic light tu baru teringat kat adik diaorang..

nasib baik lah x jauh mana lagi.....terpaksalah aq pusing balik.....
dan hari itu dalam sejarah aq masuk kerja kul 8.00 pagi......
(ha3...nasib pengetua aq x prasan aq datang lewat time tu........)

cter sedihhh

Ada tiga orang sahabat Gaban, Kazuya dan Mat Komando, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi. 
 
Ali: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu? 
Gaban: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke? 
Mat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik. 
Kazuya: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita. 
 
Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Kazuya mula bercerita. 
 
Kazuya: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla... 
 
Punyalah sedih mereka mendengar cerita si Kazuyai hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian merekakembali memanjat sambil Gaban pula bercerita. 
 
Gaban: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla... 
 
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si Gaban bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat sajalagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mat mula menyampuk. 
 
Mat: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya. 
 Kazuyai: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke? 
Mat: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah... 
Gaban: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi. 

Mat: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA..

(Yang ni aq copy paste dari member aq...)

Rabu, 12 Januari 2011

MIMPI SUKA + SEDIH

x blh nak pejam mata & tido lansung setelah aq terjaga pukul 12.30 xd...
Ingat nak landing2 sambil tgk cter 'Hani', alih2 aq tertido depan tv dari kul 9lebih mlm xd..
Tetiba t'bangun kul 12.30..dan melihat alam keliling yang sudah gelap..nasib baik anak aq tido
kat luar sekali,kalau x,maunya terkejut cimpazi aq kat luar..
Dahlah Astro asyik kuar cter tentang hantu jer sejak akhir2 nie...aduh ngeri sungguh...

Masuk dalam bilik En Hubby ajak kuar mkn roti canai kat kedai mamak kubang kerian...
time tu mater tngh ngantuk gler..xp terpaksa gak kuar sebab aq berniat nak selesai keje2 aq
(yuran pelajar x update lagi..) lepas blik makan nanti...

Akhirnya memang mater jadi x mengantuk pun sampai ler sekarang..dah pun pukul 5 pagi....
Alamak!!! sudah kena siap2 g sekolah....xper....tunggu kejap sebab aq nak story tentang mimpi aq..
takut x ingat jalan citer la pulak.....

Mimpi Happy : Apabila member baik aq dapat posting kat sekolah aq sekarang nie..punyerlah happy...
Sampai aq melompat2 time aq nampak dia datang lapor diri di sekolah aq.....Dia pun happy jugak sebab dah lama x keep in touch ngn aq..alih2 tgk aq ada kat sekolah yang dia posting...Kitarang sambut dia ngan aktiviti kebersihan...habis semua tempat dibersihkan...seingat aq opeh pendidikan khas dah ada set bunga lepas tu ditambah pulak ngn set kerusi...(ha3..blhler landing2 time cuti nanti...Oppppsss terlebih sudah..)..

Mimpi Sedih : Dalam mimpi aq tu,Sekolah kitarang nak wat Lawatan sambil belajar kat Langkawi (tempat yang kuidam2kan)....punyaler sronok sebab geng2 aq dapat g semua sekali...pelajar yang x pergi ,diaorang dicutikan oleh pengetua aku...Ha3...
Apalagi memang happy gler time tu..aq sampai bawak 2 biji beg padahal nak pegi untuk 2hari 1 malam jer...
xcited sangat la katakan...dalam pada aq nak naik bas g lawatan tu...aq kena tinggal la plak...ntah macamaner driver bas tu x nampak aq...punyaler aq terlompat2 cam beruk mat yeh sambil menjerit kearah bas...lansung bas tu g straight tinggalkan aq....Aq x pueh hati..terus kejar bas tu....xp tetap hampeh....yang peliknyer camner penyelaras aq x perasan tentang ketidakwujudan aq dalam bas tu....UUUUUWAAAAA!!!!!!!         X PATUT BETUL DIAORANG TINGGALKAN AQ ......Dalam kesedihan aq tu,aq pun tryler call diaorg yang dalam bas tu...xp x berangkat ler plak....disebabkan terlalu letih mengejar bas tu,aq lepak kat satu masjid nie sampai tertido.....
Tiba2 telefon aq berbunyi ......aq tngk nama hubby dalam phone aq tu....Aq pick up the phone dan dengar hubby aq menangis kat talian....Aq tanya dia apasal.....Dia tanya aq ok k x???aq jawap aq ok jer...tapi aq telah tertinggal bas rombongan tu...Hubby aq kata mujurler ayang tertinggal oleh bas.. bas xcident dan kesemua pelajar dan guru yang ada dalam bas , tiada yang terselamat.. HAAAA!!!!!! aq menjadi kaku dan terus menangis teresak2 .... terbayang satu persatu rakan2 yang sentiasa berada disaat susah dan senang..
sentiasa ada disaat aq dalam kesedihan..dan tempat aq bergurau senda n berkongsi ketawa....
Kak Zai : yang sentiasa ceria dan sudah ku anggap macam kakak ku...tempat aq mengadu permasalahan ku..
Narimah : yang sentiasa ketawa  dan penuh sense of humor...begitu menghiburkan aq..
Baya : yang sentiasa tenang dan cool....
La : yang sentiasa membuat aq ketawa riang....
Nie & Sue :  yang sentiasa ada disaat aq x cukup tangan melakukankerja2 tambahan...

Aduh....Sedih betul aq..sampaikan masa aq terbangun dari mimpi tu aq tersedar yang aq menangis....

Semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....
Harap mimpi tu tidak menjadi kenyataan......AMIN.....
Melalui hari yang mengecewakan..
pertama sekali apabila ditipu..
xper mungkin ko bahagia dengan apa yang ko lakukan..
teruskanlah drama king ko tu...

Sabtu, 8 Januari 2011

Sudah beberapa hari tak menulis...Terasa gianler plak..bukan gian aper pun,gian nak menulis jer...
Encik Hubby flight ke KL hari Khamis lepas dan akan balik hari Isnin..So bnyk free time..anak2 kuar main time nie..
Qaseh plak tido dari kul 4 xd..lepas dia bngun nnti nak g rumah mertua jap (menantu kesayangan ler katakan..)

Dalam 2-3 hari ini aq bnyk memikir tentang diri dan penghidupan aq..bnyk yang telah berlaku samaada yang happy , manis dan pahit pun ader..

Tapi aq tak kesah manapun..life must go on..buat aper nak menyesali ataupun bersedih..
aq percaya pada hukum karma yang mana apa yang kita lakukan mungkin akan berbalik jugak pada
penghidupan kita..U give n U wl get back..
sama juga dengan penghidupan aq..
Dahulu aq tak pernah memikirkan perasaan dan hati orang lain..
apa yang aq lakukan hanya untuk diri sendiri..aq bnyk menyakitkan hati orang sekeliling..
sehingga aq pernah hilang kawan atas sikap penting diri aq ini...

Dan sekarang segalanya terjadi dan tersurat..
Tak pernah aq bayangkan orang yang kita sayang pergi jauh dari hati ini..
Malah segala pengorbanan dan kesetian kita terhadapnya,
tidak ternampak dan seolah2 tak pernah wujud dalam hatinya..

Aq menganggap semua ini ketentuan Ilahi dan aq redha dengan segala takdir ini..
Aq tak perlu menoleh kebelakang dan menyesali setiap apa yang terjadi..
Aq harus kuat dan cekal..
Kadang2 aq tertanya2 juga dari mana datangnya kekuatan ini ..
Yang pasti segala yang berlaku aq anggap sebagai dugaan selagi sisa hidupku yang masih ada...

Buat Dia Yang Aku Sanjungi..
Setiap langkah mu diatas bumi ini,jngn kau lupa untuk menjengah tanah yang kau pijak..
Kerana dengan setiap langkah mu dan tanah yang kau pijak ini,
engkau dapat melihat awan tinggi....engkau dapat terus berlari..

Buat Dia yang telah Pergi..
Walaupun kita terpisah, namun kenangan itu tetap segar dalam ingatan
Terima kasih dengan kenangan lalu..

Sabtu, 1 Januari 2011

KEBENCIAN AQ

Aq berasa pelik ngan sikap segelintir manusia didalam dunia ini..
dahlah mengambil sesuatu yang menjadi milik orang lain..
lepas tu buat macam reta tu dia punya sorang ler plak...
aper hal..???? desprate sngt k????

Aq berasa pelik ngn sikap segelintir manusia yang jenis tak tahu malu..
mencanangkan segala tentang dirinya yang akhirnya membuatkan keburukan
peribadinya semakin terserlah...

aq berasa pelik jugak dengan segelintir manusia yang jenis tak reti nak bersyukur..
sesuatu kelebihan yang telah Allah berikan padanya menjadikan ia sebagai seorang
yang takbur dan sombong..Seharusnya FAHAMI segala kelebihan dan kemudahan yang diterima
merupakan sesuatu yang tidak kekal..Bila2 masa blh ditarik semula..Jika DIA berkehendakkanNya...

Aq masih berasa pelik jugak dengan sikap segelintir manusia yang suka menuduh orang
begitu dan begini sedangkan orang tersebut tidak pernah sibukpun hal dia...malah tak ingin pun nak ambil tahu...apasal buruk sangka sangat??? Sedarlah oiiii....Bila ko nak minta maaf pada dia yang ko tuduh tu.???

Beginilah sikap manusia yang tak reti nak bersyukur dan tak reti bahasa....

Manusia sebegini tidak layak menjadi sahabat aq apatah lagi sebagai pendamping dalam penghidupan aq..

Selamat Jalan kepada manusia HIPOKRIT...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Catatan Harian..

Hari ni letih sungguh...dari pagi sampai petang aq ngn family kuar jalan2..
bangun pun agak lewat..dah pukul 10pagi..terus kejutkan anak2 & hubby (yg sememangnyer malas bngun pagi tue..)
lepas siap2 kitarang terus serang opis dia plak..ada account clerk datang utk closed acc. opeh dia...
bukan mainler anak aq menyelongkar opeh ayah diaorang..Qaseh letih sampai tertidur atas meja...
Seb baik ada tv kat c2..xderler boring sangat aq..xp xder chanel astrolah kat c2...yang blh dapat pun tv 1,2,3..jadilah .......
setel kat c2 terus g mkn kat Telipot..kedai nasi gulai serati..(ieeee...yer.....seb baik ada lauk lain yang blh aq makan kat c2)..lunch merangkap brekpes...kul 3 ptg...seb baik anak2 dh makan pg xd.....
setel makan kitarang g KB mall...time for shopping moping...
Qaseh dapat 2 pasang baju..Aiman ngn Ain dapat kelengkapan studi diaorang...aq dapt kasut baru...
Thankz kepada yang membayar..(he3..)
lps tu g makan plak untuk dinner...kat Restoran 1000 Bintang...ntah aper k pelik tul namer restoran tu..
nasib baik lah sedap....dinner kul 6...dinner awal2 sebab 'dia' nak g lwn bedminton mlm nie...gud luck 4 him...
terus blik umah...mandi+solat dan basuh baju plak....

Hubby g men badminton....masa utk membalut buku la plak....
permata hati start sklh hari isnin...buku x balut lagi....sorry dear...janji ibu sudah siapkan.....
Get ready to study j korang ber2...

1111

Nombor yang canteekkk....1/1/11
tapi birthday aq pun canteekkkk gak 101010..(thun lepas lah..)
mmmm...2010 dah meninggalkan aku..banyak kenangan manis+pahit+suka+duka+eppy+sadness....

manis : apabila aq memiliki kereta 2nd idaman aq...he3...GL....w/pun aq berangan nak pakai Caldina...nak buat camner...dngn d/payment 25k bayaran 700 sebulan lebih berbabaloi kalau aq beli MPV...keta, rasa cam rugiler plak...bayar mahal2 tapi  x blh muat ramai orang....aq beli GL nie untuk senang aq balik KL..kereta kancil tu sedekah kat ayah mertua,...dia tolong sambung byr monthly..oklah tu.. blh gak  guna untuk ke masjid....

suka : apabila melihat anak sulung aq selamat menjadi 'dewasa'..w/pun mendebarkan..tapi alhamdullillah sudah selamat semuanya...dan aq cukup happy sebab aq sudah ada anak bujang...(tak rugi kawin muda...ha3)

eppy : apabila aq dapat join 2nd reunion geng2 sekolah aq dulu..dapat jumpa semua member2 lama setelah 12 tahun berlalu..ada yang semakin chubby,kurus,cantik dan vogue...memang happening gler hari tu..aq terasa muda 12 tahun plak jumpa diaorg..terasa cepat jer time berlalu...sedih tul bila nak berpisah ngn diaorang hari tu...

pahit + duka + sad : malas aq nak cerita...buat apa dikenang2...hnya menyakitkan hati...aq tak mahu menoleh ke belakang lagi...Biarlah disimpan jauh disudut hati....